Sabtu, 6 Jun 2009

Menara Pavilion


Bangunan ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. Kini menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.

Istana Kenangan



Istana ini pada diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku. Istana ini juga dikenali sebgai Istana Lembah atau kadangkala disebut sebagai Istana Tepas. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.

Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang). Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut.Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak. Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.

Sabtu, 11 April 2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia.


MCKK Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British. Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja.


Kini, anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.














Lawatilah MCKK !!

Masjid Ubudiah





Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00.

Masjid ini menjadi lambang tempat bagi bandar Kuala Kangsar. Masjid ini dikategori sebagai masjid yang paling cantik di Malaysia.




Pokok Getah Pertama di Tanah Melayu (Malaysia)

Ini merupakan pokok getah yang pertama di Tanah Melayu. Pokok getah ini dibawa dari Brazil dan ditanam di tepi Pejabat Daerah Kuala Kangsar.


Tempat membuat labu sayong - Sayong


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Sayong, iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira14 kilometer dari Kuala Kangsar. Kampung ini merupakan tempat yang paling giat dalam pembuatan labu sayong kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas mudah diperoleh dari kampung tersebut.

Labu sayong dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.